CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 10, 2009

Ahmad Ihsan Irham

Wah tengoklah betapa cerianya dia bila dapat bebas bermain di rumah. Aku suka melihat kaletahnya entah berbagai-bagai tak terfikir dia boleh buat aku tersenyum..

Ahmad Ihsan dengan keretanya..


Inilah antara aktiviti si comel apabila sampai hujung minggu. Satu-persatu permainan dia keluar, main sampai rasa boring. Kira rasa dah senang sikit menjaganya. Ihsan dah boleh faham apa kita cakap.

Ahmad Ihsan 1 tahun 6 bulan


Hmm...hai kengkawan sorrylah dah lama tak menjengok ke halaman ini. Busylah sekarang rasa macam-macam kena buat. Bersabor jelah.

Tuesday, April 14, 2009

Posing di Petak...


Ini namanya posing ikut suka di petak masing-masing ye..Ikut ler kome nak buat macam manapun. Asalkan bahagia..

New Post..PA-PA PJC


Ini kira post terkinilah..Bergambar kenangan bersama PA-PA yang ada di Perbadanan Putrajaya bagi tahun 2009. Jumaat malam 10.4.2009 ada malam kesetiausahaan khusus meraikan PA-PA di sini. Not badlah, cuma tak happylah kena tinggal anak di rumah.

Tuesday, February 24, 2009

maj


Majlis Akikah Ahmad Ihsan 26.1.2009


Actually, majlis akikah Ahmad Ihsan dan yang seangkatan dengannya telah selamat dijalankan. Seekor lembu so, bolehlah dibuat untuk 7 orang. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, masakan semuanya sedap-sedap belaka. Gambar di sebelah ialah sup tulang lembu yang kelihatannya tinggal separuh kawah...

Ikan Talipia..


Penyediaan ikan talipia untuk dibakar..

Ikan Talipia..


Talipia Merah..

Ini adalah hasil tangkapan atau dijala oleh Ayah Cik, adik arwah abah jugak. Jadilah dapat 7 ekor untuk dibakar makan malam sekaligus untuk majlis tahlil arwah Chu Ro yang 3.. Ha...berebut-rebut..daging karipun tolak tepi..

Hari Jadi Mat Arif Hakimi..


Buat simple jer...sekali jalan jer kek tu..sebab mana lah tau rezeki ramai pulak budak-budak tu..

Hari Jadi Mat Arif Hakimi..


Hari Jadi Mat Arif Hakimi..

Kebetulan pula, 24.1.2009 Hari Jadi Mat Arif yang ke 8. Hari ini pula, Chu Ro iaitu adik arwah abah meninggal dunia. Semua urusan dibuat di rumah mak di kampung. Alhamdulillah, biarlah dia pergi dulu daripada berada dalam keadaan koma kesan daripada 'stroke' yang dialami.

Thursday, January 15, 2009

Ewah...apa dia buat tu..


Macam-macam ragamlah anak mama ni. Apa-apalah asalkan bahagia. "Hello everyone"....Bye..

Ahmad Ihsan..


Nampak kurang terang gambar nie. Yelah..kawasan Taska ini agak redup dan gambar ni pulak diambil seawal jam 7.30 pagi.
Sebelum dia masuk biar dia rasa dunia ini sebenarnya luas, bebas dan indah untuk dijelajahi. Mama dia sering mengajar makan sarapan. Banyak-banyak menu nampaknya dia suka makan roti canai telur.

Ahmad Ihsan 1 tahun 1 bulan 8 hari..


Inilah gambar terbaru anak bujang teman. Diam tak diam kita telah melalui beberapa hari di tahun 2009 ini. Selamat menempuh segala cabaran dan dugaan dengan penuh kematangan dan kesabaran. Kitalah apa yang kita lakukan atau usahakan. Bertindak dengan bijak hasil yang diperolehi akan menguntungkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Insya-Allah.