CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 29, 2008

Ma..cepat ler ambik...dukung..


Itulah sekarang nie dah semakin cerdik pantang aku pintas lalu depan dia mesti suruh ambil dukung dia. Kalau tak ambil 'nangis' dia...Berapa berat dia sekarang nie? Hari Khamis nanti ada check up biasa di klinik Presint 9. Makan kuat, menyusu pun dah semakin bertambah sukatannya.

Eee..geramnya..


Ahmad Ihsan Irham...7 bulan lebih..


Post sebelum pergi ke Nilai 3..27/7/08


Ambik gambar sendiri ni.. Pergi Nilai 3 nak beli tilam kekabu dan tikar buluh. Harga pasaran di Nilai 3 sekarang tikar buluh bersaiz paling besar RM50.00. Sementara tilam kekabu bersaiz besar RM45.00. Tilam yang bersaiz single..RM35.00. Bukan apa beli tilam ni, bila saudara mara datang rumah senang..boleh ganti toto tidur tak panas. Kalau di Kuala jika orang Pakistan yang jual pakai motosikal tu tikar dijualnya dengan harga RM150.00. Tilam tu pulak RM120.00 macam tu..

Keindahan semulajadi Tasik Raban..


Inilah Tasik Raban ye kawan-kawan.. Di sini ada 'rest house' kepada sesiapa yang berminat untuk bercuti, pemandangan yang cukup menenangkan fikiran. Ada jugak permainan2 di sini..boat untuk disewa dan sebagainya. Dari rumah I dalam 7 minit jer..

Ahmad Ihsan with Auntie Nat..


Wajah-wajah keseriusan dalam 'gambar'. Weh..senyum ler sikit.. Nanti rezeki lari..

Ahmad Ihsan dengan Nuramisya..

Wah..tengok Misya tu..baru 4 bulan ende kata beratnya dah 6.6kg. Itu hisap susu badan jer..Lain dah muka dia dulu masa mula-mula jumpa masa umur dia 2 bulan lebih. Ini baru kali kedua dah jadi macam ni..sekali lagi jumpa nanti tak tahulah..apa perubahannya.

Anak buah (Generasi sihat-sihat)..


Antara anak-anak saudara aku, M. Arif depan sekali yang tembam, sebelah dia anak saudara aku yang paling kurus M. Ikram, belakang Ikram kakaknya Nurul, yang nampak sikit tu M. Aidil dan yang belakang sekali anak saudara aku yang pertama Norain. Ada beberapa kerat ni balik rumah memang ada jer orang yang keluar 'high volume'. Ada jer projek diaorang..entah ape-ape samada dalam atau di luar rumah.

Lemang oh lemang..


Memenuhi permintaan Nat sekaligus semua sekali yang ada dan bertandang ke rumah. Kebetulan ende pun balik dari Ipoh. Macam raye ler pulak..tapi emak memang tak kisah buat lemang nie..setakat 4 kilo tu tak jadi hal. Semua ada di keliling rumah jer..cuma bantu dia lah mesin kelapa ke, ramas kelapa & basuh pulut..beres..

Inilah anak dara Negori...Nat & Jun


Nampak macam kat hutan ke? Tak delah ni gambar semasa kat dusun. Ceria selalu..walau di mana berada..nikmatilah hidup ini..semakin jauh perjalanan semakin luas pengalaman serta pemandangan.

With my beloved son...


Ish...ish..macam muka baru bangun tido kan. Lainlah anak bertuah I tu, ceria jer memanjang..Ini masa kat kampung hari tu dari 18 malam sehingga hari Isnin. Ada urusan tanah di Gerik. Balik kampung hari itu dengan Nattrah & Jun.. Aku nie memang jenis sporting anggap diaorang macam saudara-mara.. Deme pun tak segan nak makan, minum ambil sendiri..

Ahmad Ihsan with Auntie Jun..


Ini antara post original belum mandi pagi. Semua sekali. Deme kata ayor sejuk..memang pun. Aku pun kalau balik kampung memang lewat sikit mandi dalam pukul 10.00 pagi gitu. Agak awal nie rasenya belum pukul 8.00..exited nak gie kolam ikan Talipia Merah.

Monday, July 28, 2008

Aktiviti memanah...


Setiap kumpulan cuma 3 ahli yang mewakili. Aku tak buat aktiviti nie...rasa tak confident, ketar buat 'River Crossing' tak habis lagi..ini pulak kena 'aim' betul-betul. Satu lagi game yang tak sempat dirakamkan dalam kamera ini ialah 'paintball' aku kena 3 das...lebam besar giler di paha..di buntut satu..fuhh..sakit-sakit badan..Malam nanti selepas persembahan kena tidur awal. Ada Qiyamulail..bangun pukul 3.30 pagi. Tak sabar nak tunggu hari esok..hooray..boleh balik... Pengalaman terbaik berada di dalam kursus ini.

Inilah wajah keletihan Group "?"..


Gambar ini diambil setelah group kami selesai merangkak di bawah jaring...ternyata dalam setiap aktiviti keupayaan mendengar arahan yang diberi, difahami serta dipraktikkan amat memberi kesan kepada sesebuah kejayaan. Semangat setiakawan turut menyumbang kepada hasil yang terbaik di samping selalu berbincang dan membuat keputusan yang bijak. Tengoklah tudung aku tu...

Tengoklah kegigihan Mama Ihsan..


Dah ler lepas buat 'River Crossing' turun-turun jer terus sambung buat nie..susur bawah jaring...alhamdulillah group kami still the best dari mula...Kerjasama yang baik dirintis salah satunya melalui Kursus ini 'Team building'. Nama kumpulan "Tanda Tanya" simboliknya entah apa-apalah... dan laungannya "Lu fikirlah sendir"...ha..ha...

Perintis semangat...Mama Ihsan..


Group pertama yang membuat 'River Crossing', mula-mula ok, dah nak hujung nak 'touch' pokok mempelam yang tinggi tu..alamak..Tuhan saje yang tahu. Dengan dorongan dan kata-kata semangat akhirnya aku berjaya jugak melakukannya. Fuh..suatu pengalaman baru, menyirap darah aku..badan pulak dah terasa semakin berat..kena rajin exercise nie..

Khusyuknya mendengar penerangan..

Eee...tengok ler macam-macam gaya mendengar taklimat ringkas, sebenornya apa yang bermain di fikiran tu? Takut...berani ke aku, boleh ke aku? Nanti kita test..kemampuan diri..

Tuesday, July 22, 2008

Team Building di Pusat Latihan Felda, Gemenceh

Wajah-wajah keceriaan walaupun kepenatan..inilah sebelas orang yang menghiasi korum kursus team building siri ke 4/2008. Yang lain adalah lpeserta lelaki. Semua sekali 40 orang. Dari tak kenal kini saling mengenali & mengeratkan lagi sillahturrahim. 3 hari 2 malam di sini, alhamdulillah semua berjalan lancar. Hati separuh di sini separuh kat anak yang ditinggalkan.

Wednesday, July 2, 2008

Ahmad Ihsan bersama kak Nurul & abang Aidil..



Ini kira gambor terbaru semasa balik kampung dari Jumaat(27-30/6/08). Saje jer balik menziarahi emak dan saudara-mara di kampung. Ada gak musim buah. Durian ler..buah2an lain tak masak lagi. Alhamdulillah dapat spend masa bersama keluarga walaupun sekali sekala tapi memang amat bermakna.

Ewah..posing sisi pula ye...


Ha...ok sikit posing nie..jenuh nak pujuk dia supaya jatuhkan jari..sekarang nie dah cerdik bukan nak baring lama-lama atas tilam dia..suruh orang angkat. Kalau duduk dalam 'walker' nie bolehlah tahan..boleh mama buat keje atau solat...

Ish...ish...ni ler keje Ahmad Ihsan ni...


Tak tau ler apa yang sedapnya hisap jari dia...tengok tu sebelah kanan 2 jari lagi. Itulah antara habit dia...kalau sebelah kiri dia hisap ibu jari aje..