CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 20, 2008

Telapak kasih..ibu...


Dari petang semalam Nyah call, katanya mak kena 'appendix'. Ikut doktor kena buat operation. Kalau boleh mak tak nak buat lagi nak tunggu pah timah balik dari KL. Hatiku mula bergelodak untuk balik kampung. Semalaman air mata ini tak dapat kutahan dari mengalir di pipi. Forum perdana semalampun seolah tepat tajuknya 'kasih ibu'..ramai audience yang menangis ini kan pula aku yang sememangnya sedang memikirkan tentang emak yang jauh di kampung. Terimbau segala kenangan bersamanya...sekarang aku dapat merasakan sebagaimana aku menjaga & mengasihi anakku, itulah jua pengorbanannya & kasih sayangnya terhadap aku dari dulu, kini dan selamanya..

Wednesday, June 18, 2008

Jadi vokalis ler pulak...


Inilah persembahan terakhir yang terpaksa disembahkan juga oleh setiap kumpulan. Jangan lupa lirik...itu yang mama Ihsan siap bawak senikata lagu 'Cindai' lagi tu...

Semasa di bilik kuliah/kursus


Still dalam grouping..Penceramah/ konduktor kursus ini ialah Prof. Madya Dr. Rusinah Haron dan juga Dr. Robiah Kulop Hamzah..memang bestlah kursus ni, ingat boring..makan pun sedap2 belaka.

He..he..tengok siapa yang kena balut tu...


Inilah group 'aura sweet', yang diketuai oleh mama Ihsan sendiri. Best anak buah chek semua sporting & kreatif. Baju pink, k. Izan, yang kena balut tu Noraliza, sebelah Liza, Mas Ayu dan yang berlutut tu Ina..

Mama Ihsan semasa berkursus di Everly Resort, Melaka


Sempat berposing sebelum memulakan aktiviti berkumpulan di tepi pantai. Cantik gak tempat nie..

Gambar dengan k.Eta & anak2nya..

Ni k.eta..nama full dia Rozeta Hassan. Dia berasal dari Kapar, Klang. Aku kenal dia semasa pertama kali bekerja di IPSM, bersebelahan Trolak Country Resort. Masa tu aku Setiausaha, dia Pensyarah, tinggal serumah dengan dia. Dia ni kelakar & happy go lucky. Sempoi..sekarang dah ada anak 3, cikgu jugak tinggal di Sg. Buaya, Rawang.

Bersama teman lama di Form 6..

Antara teman rapat sedorm masa form 6 di Sekolah Men. Bukit Merchu, K. Kangsar, Perak. Nama dia Rohaidah Mustafa, cikgu, tengah tu anak lelaki dia, Ikhmal Hakimi. Lama dah tak jumpe dia..ni masa dia datang lepas majlis kawin aku petang tu..dengan family dia dari Beruas.

Gambar kenangan semasa majlis persandingan di Segambut

Sempat bergambar kenangan semasa sahabat2 terdekat yang berada di K.L berkunjung ke Majlis di Segambut. Dari kiri anak saudaraku, Nur ain, Ina sahabatku dan 2 orang anaknya, Liza dan hujung sekali anak mak Ngah di Sentul, Emma Husna.

Mama Ihsan with auntie Liza..

Ini gambar kenangan masa g bermalam di rumah Liza di Bandar Mahkota, Cheras. Lama gak tak berjumpa..ini kira enjoy sebelum majlis pernikahan aku pada 17.2.2007. Sempat gak keluar ngan dia ke Mid Valley...Apapun sesekali bertemu dengan orang yang bertakhta di ruang hati & ingatan kita memang ia dirasakan amat bermakna..kita mula mengingati saat2 bagaimana perkenalan, keakraban, selami hati budi dsbnya..

Tuesday, June 17, 2008

Kediaman rasmi chek kat kampung Cheh, Kati..

Rumah yang mama Ihsan diami sejak lahir sehingga berusia 32 tahun(sehingga dapat keje di Putrajaya ni). Dan sekarang cuma jengok rumah sekaligus mak dan seisi saudara mara sebulan sekali...kejauhan yang menggamit kerinduan yang amat mendalam.

Gambar malam buka hadiah dengan 'etot'

Nie..acik etot dia datang masa malam bukak hadiah, saje nak interframe gambor dia kat blog kita..he..he..satu kampung weh..tak sangka jumpe dia sama tarikh masuk keje kat Jabatan Landskap & Taman.

Ayah & Mama Ahmad Ihsan..

"Jodoh, ajal dan maut" semua ketentuan Ilahi, redha atas qada' dan qadarnya. Cuma hidup berumahtangga ini, orang tua(ibu bapa) ada berpesan, " sayangkan suami bertalak". Jika kita sayangkan ibu bapa itulah kasih yang paling sejati, suci dan abadi. Buruk baik kita..ibu bapa kita tak pernah menyisihkan kita dari hidup mereka.

Teringat 'housemate' lama...masa bujang dulu2...


Ha...petang nie teringat kat housemate lama masa zaman bujang dulu..Masa tu tinggal di Desa Pinggiran Putra. Walaupun tinggal kira tak lama tetapi kenangan bersama tetap dalam ingatan yang terindah. We all still 'keep in touch' walau tak selalu berjumpa. Alhamdulillah..

Monday, June 16, 2008

Posing lagi..Ahmad Ihsan..


Ahmad Ihsan didokong oleh Auntie..Yati..


Ahmad Ihsan with his beloved Mom's..


Amboi...sukanye dia...Ahmad Ihsan


Thursday, June 12, 2008

Mama Ihsan with Mama Elyn/Esya


Thursday, June 5, 2008

Ahmad Ihsan with Sara

Ni lah Sara anak kepada Cik Mok dan En. Halim. Teman seangkatan Ihsan jugak tapi badan dia silap hari bulan nanti Ihsan kena buli dik Sara.. Tapi tak pe...Ihsan akan tetap kata...tak pe...aku kena 'gentleman'...

Ahmad Ihsan & Anis

Ini teman seangkatan Ihsan Nur Anis Batrisya anak kepada En. Azwan & Pn. Shikin. Adegan ini dirakamkan semasa kenduri kesyukuran di rumah Cik Mok di Presint 9. (Makan tengahari) Anis tengah 'lalok' sebab lepas makan ubat selsema..

Puteraku...Ahmad Ihsan Irham

Inilah putera pertama saya yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah si comel memang menjadikan hidup saya lebih bermakna sebagai seorang ibu di dunia ini. Gambar di atas ni semasa Ihsan berusia 2 bulan lebih. Gambar tu diambil atas carpet semasa diletakkan di bawah jagaan Nursery di KBS.