CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 18, 2008

Ahmad Ihsan..

Nampak gaya macam orang dah besar.. Tetapi hakikatnya..kecik jer.. Berat badan pun 7.8 kg jer. Kecik-kecikpun dah memanjat sana sini, kalau kat rumah tinggal aku dengan dia, selalu pastikan pintu depan koridor tu lock, kalau tak lock dia boleh tolak buka sendiri, dan kat luar ada satu kerusi malas dia akan panjat..bahaya..

Mama Ihsan..dah penat..


Memang betul pun..berjalan sana sini..pergi banyak jabatan hantar memo dan urusan lain. Kalau nak harapkan PAR jer takut meeting dah lepas Memo tak sampai-sampai. Aku jugak yang kena nanti. Takpelah...jalan sana sini boleh jugak excercise kaki..

Ahmad Ihsan Irham..


Ahmad Ihsan...


Tengoklah tu senget-senget nak mengimbangkan badan. Ini gambar excited bila Anis dah sampai. Dia mula meluru ke arah Anis.. Bila nak sampai dia merangkak dan entah macam mana boleh tersembam, bibir dia berdarah.. Menangis kuat jugak..Tapi, sekajap jer..

Ahmad Ihsan..latest news..


Ini kira perkembangan terbaru dia mula semakin jauh bertatih. Bangun terus jalan sana sini..kekadang terduduk...dia nangis jugak. Tetapi tak pernah kenal erti serik dan jemu. Susah sikit nak berenggang dengan mama dia... kalau kat rumah tu..bila lama sikit dia tak nampak mulalah mencari..kekadang sengaja mamanya menyorok...last..last dia nangis jugak bila tak jumpa..

Ahmad Ihsan...news...


Ini gambar yang diambil sekitar jam 8.00 pagi di Taska. Suka sangat dia bergambar. Semua senyum jer gambar dia.

Thursday, December 11, 2008

Ikram pun nak potong kek..


Ha..malu-malu ler pulak.. bila kami nyanyikan lagu happy birthday untuk dia. Actually, hari lahir Ikram pada bulan puasa yang lalu 5.9.2008 dan kakak dia Nurul pada 20.9.2008. Dua-dua kena pada bulan puasa. So, untuk tahun ini tiada majlis untuk dia.

Birthday Ahmad Ihsan

Inilah dia birthday girl and birthday boy. Bolehlah celebrate sekali sebab tarikh dekat-dekat. Bukan main lagi si Ahmad Ihsan tu.. Balik kampung sekali sekala, ramai orang melayan dia apalagi seronok sangatlah dia.. Perkembangan fizikal & mental, alhamdulillah, seminggu sebelum umur dia genap setahun dia mula bertatih.

Birthday Ahmad Ihsan



Simple jugak juadah yang sempat disediakan. Lagipun dah dekat jam 10.00 malam. Pergi beli KFC beratur dekat 1 jam..sabar jer lah. Balik goreng Nuggets dan Kentang goreng.. Itu pun tak habis.. Tok Chor baca doa selamat.

AHMAD IHSAN BIRTHDAY 6.12.2008 (1 YEAR)


One year old birthday for my beloved son, Ahmad Ihsan. Just the simple majlis doa selamat sekaligus sambut kak Yong Ain sekali pada 1.12. 2008 yang lalu. Kebetulan balik bercuti Hari Raya Aidil Adha so, sambutlah kat kampung.

BIRTHDAY BOS (HJ. ZOL) 24.11.2008

First time, we all sepakat buat collection untuk buat kenduri doa selamat untuk bos. Lagipun kami di BHSL ini memang dia selalu support dari segi kewangan untuk majlis-majlis makan mahupun bowling. Every week on Monday & Tuesday 6.00 pm - 8.00 pm boleh main bowling di Alamanda bos dah bayar siap dengan coach sekali. Mudah-mudahan murah rezeki Tn. Hj dan diberkati dunia akhirat. Amin.

Wednesday, October 29, 2008

Ahmad Ihsan Irham..

Nampak dah penat..mengantuk sekali tu.. Ok..ok..jom kita balik rumah..thanks auntie Zaida. See you..

Ahmad Ihsan Irham..


Mama...jangan tinggal daku..hish...sekarang memang dah semakin cerdik..Duduk dalam keretapun tak mau masuk dalam 'car seat'..jenuhlah mama dia pujuk sat-sat biar dia berdiri pegang besi..sat-sat kasi dia duduk macam orang dewasa tu...chek pasang belt...tapi sekejap jer..

Anak dara paling bongsu..


Sarah...inilah gadis comel bongsu yang lahir pada bulan 4/5 yang lalu. Sekejap sangat masa berlalu masing dah bawak anak, nampak macam sebaya jer semuanya..

Hafey Hakimi..


Comel lah awak...anak Pn. Mariam nie.. Di kalangan semua geng-geng Ihsan, ini kira lelaki bongsu...di Jabatan Landskap..

Ahmad Ihsan, Hafey, Zikri dan abang Haziq..


1,2,3...jom blah...semua anak teruna nie tak leh nak main kat bawah nie dah...

Ahmad Ihsan with auntie Rosni..


Bertuah punya anak...posing jer lah..mama oii..auntie ke nenek muda nie..?

Si kembar..cucu Hjh. Rosni..


Wah....puas hati dapat 2 orang sekaligus nie.. Dua-dua hero pulak tu.. Dok bayangkan bila dah beso nanti hah riuh-rendah rumah atuk & neneknya. Semua orang kena guna high volume..

Ahmad Ihsan with uncle Kerry..

Haa.. ini barulah betul gambar uncle k'ry. Apasal lah isap jari lagi mama kan dah suap makan nasi impit tadi..

Ahmad Ihsan & Zikri..


Steady lah.. Zikri & Ahmad Ihsan. Atas rumput pun oklah mama... apalah syoknya anak teman tu..hisap jari jer..

Ahmad Ihsan & Zikri..


Ha..inilah julung-julung kali dapat bergambar anak teruna kami ni. Teman sekampung, sepejabat dan sepermainan nie...

Ahmad Ihsan Irham..


Ini kira gambar paling terbaru..macam dah besar sangat bila pakai kasual macam ni. Ini sebelum pergi ke rumah terbuka Perbadanan. Pergi dua beranak jer... ayah dia kerja. Memang suka berposing...

Ahmad Ihsan with mama & auntie As..


Bergambar je lah si anak bujang teman nie..senyuman dia yang mahal tu..kalau sampai besar macam nie..memang ramai kawan lah dia nie..

Gambar ibu-ibu dengan baby masing-masing...

Inilah geng-geng yang pergi sama majlis tu. Ibu-ibu muda yang sporting.

Ahmad Ihsan with uncle Kerry..


Inilah anak bujang teman dengan sape pun so far ok..bulehlah mama dia buat keje..kalau ada jamuan, boleh kasi orang lain dukung..mama dia boleh makan puas-puas..manelah tak tembam kan...Alamak...muka uncle K'ry tak nampak..

Ahmad Ihsan with mama..


Hmm..lama dah tak update blog. Ini gambar kenangan semasa majlis berbuka puasa di Risda Semaian. Eee.. ler badan..tak nak susut ke badan mama Ihsan tu...nantilah kita diet ekk...

Wednesday, September 3, 2008

Ahmad Ihsan with K.Har sons'..


Pagi nie sempat lak bergambar selepas bermain dengan anak-anak kak Har. Ahmad Ihsan pulak memang jenis cepat mesra dengan bebudak.. Tu lah kalau datang awal memang dia main guling-guling main dengan Adam dan Amar yang bergelimpangan sebab sedang menyusu. Masa tu ler pulak Ahmad Ihsan akan panjang perut Adam atau tepuk-tepuk pipi gebu Adam..

Ahmad Ihsan Irham..


Pee...wiiit..!

Ahmad Ihsan Irham..


Dah suka berposing anak aku nie..

Ahmad Ihsan Irham...


Ahmad Ihsan Irham...


Kenangan bersantai..


Anggota Rombongan..


Haa..itulah semua ahli rombongan kami ke Taman Botani, Putrajaya. First time aku p, begitulah jugak dengan family aku. Teringat nak bawak deme ke sini. Alhamdulillah, tidak menghampakan..best. Naik tram pulak free, Mat drive. Banyak view-view di taman ini menarik perhatian pengunjung.

M. ARIF HAKIMI & M.IKRAM KAMIL


Arif nak duduk depan sekali dengan Keram...itulah perbualan anak buah aku yang paling susah nak control kalau tidak dengan high volume.. Letih dengan deme nie..diaorang datang sini dari 30 hingga 1 September yang baru ni. Seronok katanya..nak datang lagi..

Friday, August 29, 2008

Ahmad Ihsan Irham...

Dah..dapat dah..

Dok pikiaq..kekalau ada anak 2...


Si Anis ni memang ler..tangan dia tak leh dok diam, diam-diam ubi..keja semua menjadi..Mama dia pun tak leh nak kata apa dah.. Dia ni cepat pergerakan fizikal dah pandai duduk sendiri, berdiri sendiri..berani betul.. Ahmad Ihsan mulut dia jer bising..sekarang nie..kalau dengar azan di tv, dia kat depan dan mulut dia sekali hah..hah..konon-konon ikut azan sekali..

Jom..main mainan ni pulak Anis..

Ada sajelah karenah si kecik dua orang ini. Lepas satu..satu..selagi tak tidur selagi itulah ada jer agenda mereka..

Ihsan & Anis..

Uu...bestnya ada mainan..kalau kat Nurseri boleh main macam ni..kan best..tekun nampak...!

Ahmad Ihsan Irham..


Wajah-wajah keriangan & keceriaan. Apalah yang seronok sangat tu..

Ahmad Ihsan & Anis..


Ini aktiviti hujung minggu jika tak balik kampung atau balik rumah atuk dan nenek Ihsan di KL sebelah petang wajib kami keluar rumah. Kalau tak ke taman, rumah acik Ikin ler tempat kami berlepak. Tengoklah Mat Senyum tu..

Ini semua geng yang sentiasa berselera nak makan..


Setelah penat mengharungi dusun di Taman Warisan Pertanian, akhirnya penuh satu meja ambil hidangan. Semua pun sodap..kambing bakar..sedap..first time rasenya makan daging kambing yang tak de langsung bau kambing..lembut pula dagingnya. Tak berani makan banyak..takut naik darah..

Petik..petik..jangan tak petik..


En. Ajik..deme sorok kedondong muda dalam handbag..he..he..sudah-sudah ler tu weh..Dah kenyang perut kedondong muda pun korang nak sapu..Alhamdulillah, dengan penuh advanture kitaorang akhirnya sampai jugak kat tempat kenduri jemputan Madani di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Puncak bukit gitu..tapi best..

Tuesday, August 26, 2008

Hiasan terkini..


Pagi ni lagi ceria nampaknya dengan tambahan bunga orkid. Thank you kepada sesiapa yang berkenaan. Ini jugak bersempena dengan AKPBT yang menurut jadual lawatan ke PPj ialah pada hari ini. So, semua warga D4 bertungkus-lumus mengemas fail dan work station masing-masing.

Menu keseluruhan..


Sedap tak..sedap. Ini kalau nengok dalam bulan posa mesti terliur. Anyway, memang sedaplah masakan kat Restoran ni. Buat masa ni, ada discount, no tax, no service tax.. semalam tengok resit En. Fauzi bayar makan satu table untuk 10 orang RM272.00. Kira oklah, nasi goreng dan udang goreng siap tambah lagi..

Ikan Siakap..3 rasa..


Hmm..teringat cerita, tak ingat tajuk apa..yang Ibrahim Pendek dengan Aziz Satar tu berlakon..yang digosok gigi ikan sebelum dimasak tu..Ini antara menu yang ada di Famosa House, di Bandar Baru Bangi. Semalam Encik Fauzi belanja makan tengahari..alhamdulillah, murah rezeki..

Bunga-bunga hiasan..


Ini antara bunga-bunga yang menghiasi bahagian belakang meja 'work station' I. Alhamdulillah, nampak segar, kira rasi ler tu..

Friday, August 15, 2008

Buah-buahan tempatan


Ikan Kerapu Hantu..


Eee..seramnya...tengok tu..inilah kali pertama aku tengok ikan seperti ini. Enjoy jugak melihat pelbagai spesies baru di sini.

Buah tomato ye kawan-kawan..


Oklah tu sebab dah terlalu lapar nampak buah tomato pun dah nak gigit nampak berselera jer..Nanti pergi BBQ kat T. Wetland next week kita buat sambal tomato nak tak?

Teknik rawatan spa-fish


Eee..gelinya nengok.. Disyorkan jika kuku bercekam elok ler buat spa-fish nie. Tempoh rawatan 15 minit seorang lupa pulak nak tanya berapa kena bayarannya..