CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 29, 2008

Ahmad Ihsan Irham...

Dah..dapat dah..

Dok pikiaq..kekalau ada anak 2...


Si Anis ni memang ler..tangan dia tak leh dok diam, diam-diam ubi..keja semua menjadi..Mama dia pun tak leh nak kata apa dah.. Dia ni cepat pergerakan fizikal dah pandai duduk sendiri, berdiri sendiri..berani betul.. Ahmad Ihsan mulut dia jer bising..sekarang nie..kalau dengar azan di tv, dia kat depan dan mulut dia sekali hah..hah..konon-konon ikut azan sekali..

Jom..main mainan ni pulak Anis..

Ada sajelah karenah si kecik dua orang ini. Lepas satu..satu..selagi tak tidur selagi itulah ada jer agenda mereka..

Ihsan & Anis..

Uu...bestnya ada mainan..kalau kat Nurseri boleh main macam ni..kan best..tekun nampak...!

Ahmad Ihsan Irham..


Wajah-wajah keriangan & keceriaan. Apalah yang seronok sangat tu..

Ahmad Ihsan & Anis..


Ini aktiviti hujung minggu jika tak balik kampung atau balik rumah atuk dan nenek Ihsan di KL sebelah petang wajib kami keluar rumah. Kalau tak ke taman, rumah acik Ikin ler tempat kami berlepak. Tengoklah Mat Senyum tu..

Ini semua geng yang sentiasa berselera nak makan..


Setelah penat mengharungi dusun di Taman Warisan Pertanian, akhirnya penuh satu meja ambil hidangan. Semua pun sodap..kambing bakar..sedap..first time rasenya makan daging kambing yang tak de langsung bau kambing..lembut pula dagingnya. Tak berani makan banyak..takut naik darah..

Petik..petik..jangan tak petik..


En. Ajik..deme sorok kedondong muda dalam handbag..he..he..sudah-sudah ler tu weh..Dah kenyang perut kedondong muda pun korang nak sapu..Alhamdulillah, dengan penuh advanture kitaorang akhirnya sampai jugak kat tempat kenduri jemputan Madani di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Puncak bukit gitu..tapi best..

Tuesday, August 26, 2008

Hiasan terkini..


Pagi ni lagi ceria nampaknya dengan tambahan bunga orkid. Thank you kepada sesiapa yang berkenaan. Ini jugak bersempena dengan AKPBT yang menurut jadual lawatan ke PPj ialah pada hari ini. So, semua warga D4 bertungkus-lumus mengemas fail dan work station masing-masing.

Menu keseluruhan..


Sedap tak..sedap. Ini kalau nengok dalam bulan posa mesti terliur. Anyway, memang sedaplah masakan kat Restoran ni. Buat masa ni, ada discount, no tax, no service tax.. semalam tengok resit En. Fauzi bayar makan satu table untuk 10 orang RM272.00. Kira oklah, nasi goreng dan udang goreng siap tambah lagi..

Ikan Siakap..3 rasa..


Hmm..teringat cerita, tak ingat tajuk apa..yang Ibrahim Pendek dengan Aziz Satar tu berlakon..yang digosok gigi ikan sebelum dimasak tu..Ini antara menu yang ada di Famosa House, di Bandar Baru Bangi. Semalam Encik Fauzi belanja makan tengahari..alhamdulillah, murah rezeki..

Bunga-bunga hiasan..


Ini antara bunga-bunga yang menghiasi bahagian belakang meja 'work station' I. Alhamdulillah, nampak segar, kira rasi ler tu..

Friday, August 15, 2008

Buah-buahan tempatan


Ikan Kerapu Hantu..


Eee..seramnya...tengok tu..inilah kali pertama aku tengok ikan seperti ini. Enjoy jugak melihat pelbagai spesies baru di sini.

Buah tomato ye kawan-kawan..


Oklah tu sebab dah terlalu lapar nampak buah tomato pun dah nak gigit nampak berselera jer..Nanti pergi BBQ kat T. Wetland next week kita buat sambal tomato nak tak?

Teknik rawatan spa-fish


Eee..gelinya nengok.. Disyorkan jika kuku bercekam elok ler buat spa-fish nie. Tempoh rawatan 15 minit seorang lupa pulak nak tanya berapa kena bayarannya..

Depan Pintu Masuk Agro-Bazaar

Sebaik sahaja sampai di pintu depan Agro-bazaar semua sempat bergambar lagi walaupun lepas menapak di tengah terik mentari. Dah masuk..ahh..lega ada air-cond kat sini.

Pokok Periuk Telinga Kera..


Turun jer dari 'tram' terus berposing kat sini. Periuk teling kera itulah rasanya nama pokok ni. Banyak jenis anak-anak pokok yang dijual di sini. Tapi jika dibuat perbandingan contohnya seperti pokok cili padi, pokok kari dekat nurseri biasa harganya jauh lebih murah. Tapi boleh ke sini sekadar mencuci mata dan banyak jugaklah benda baru yang boleh dilihat di Agro-bazaar tu..

MAHA 2008(14.8.08)


Tengok tu gambar ibu-ibu tu..tengahari rembang ni orang kata...tapi tetap ceria semacam. Sempat berposing sementara 'tram' datang. Memang terik semacam mata semua orang kecik jer..he..he.. First time pergi last 2 years ada MAHA gak tapi tak pergi pun. Ini bos kasi pelepasan pukul 12.00 p.m. kitaorang pun apa lagi..hooray..tapi ramai jugak orang kat sana tak sempat nak melawat semua tempat..dah penat..