Friday, June 20, 2008
Telapak kasih..ibu...
Posted by wann at 3:45 PM 1 comments
Wednesday, June 18, 2008
Jadi vokalis ler pulak...
Posted by wann at 3:39 PM 0 comments
Semasa di bilik kuliah/kursus
Posted by wann at 3:35 PM 0 comments
He..he..tengok siapa yang kena balut tu...
Posted by wann at 3:30 PM 0 comments
Gambar dengan k.Eta & anak2nya..
Ni k.eta..nama full dia Rozeta Hassan. Dia berasal dari Kapar, Klang. Aku kenal dia semasa pertama kali bekerja di IPSM, bersebelahan Trolak Country Resort. Masa tu aku Setiausaha, dia Pensyarah, tinggal serumah dengan dia. Dia ni kelakar & happy go lucky. Sempoi..sekarang dah ada anak 3, cikgu jugak tinggal di Sg. Buaya, Rawang.
Posted by wann at 3:15 PM 0 comments
Bersama teman lama di Form 6..
Antara teman rapat sedorm masa form 6 di Sekolah Men. Bukit Merchu, K. Kangsar, Perak. Nama dia Rohaidah Mustafa, cikgu, tengah tu anak lelaki dia, Ikhmal Hakimi. Lama dah tak jumpe dia..ni masa dia datang lepas majlis kawin aku petang tu..dengan family dia dari Beruas.
Posted by wann at 3:10 PM 0 comments
Gambar kenangan semasa majlis persandingan di Segambut
Sempat bergambar kenangan semasa sahabat2 terdekat yang berada di K.L berkunjung ke Majlis di Segambut. Dari kiri anak saudaraku, Nur ain, Ina sahabatku dan 2 orang anaknya, Liza dan hujung sekali anak mak Ngah di Sentul, Emma Husna.
Posted by wann at 3:02 PM 0 comments
Mama Ihsan with auntie Liza..
Ini gambar kenangan masa g bermalam di rumah Liza di Bandar Mahkota, Cheras. Lama gak tak berjumpa..ini kira enjoy sebelum majlis pernikahan aku pada 17.2.2007. Sempat gak keluar ngan dia ke Mid Valley...Apapun sesekali bertemu dengan orang yang bertakhta di ruang hati & ingatan kita memang ia dirasakan amat bermakna..kita mula mengingati saat2 bagaimana perkenalan, keakraban, selami hati budi dsbnya..
Posted by wann at 2:50 PM 0 comments
Tuesday, June 17, 2008
Kediaman rasmi chek kat kampung Cheh, Kati..
Rumah yang mama Ihsan diami sejak lahir sehingga berusia 32 tahun(sehingga dapat keje di Putrajaya ni). Dan sekarang cuma jengok rumah sekaligus mak dan seisi saudara mara sebulan sekali...kejauhan yang menggamit kerinduan yang amat mendalam.
Posted by wann at 3:22 PM 0 comments
Gambar malam buka hadiah dengan 'etot'
Nie..acik etot dia datang masa malam bukak hadiah, saje nak interframe gambor dia kat blog kita..he..he..satu kampung weh..tak sangka jumpe dia sama tarikh masuk keje kat Jabatan Landskap & Taman.
Posted by wann at 3:12 PM 0 comments
Ayah & Mama Ahmad Ihsan..
"Jodoh, ajal dan maut" semua ketentuan Ilahi, redha atas qada' dan qadarnya. Cuma hidup berumahtangga ini, orang tua(ibu bapa) ada berpesan, " sayangkan suami bertalak". Jika kita sayangkan ibu bapa itulah kasih yang paling sejati, suci dan abadi. Buruk baik kita..ibu bapa kita tak pernah menyisihkan kita dari hidup mereka.
Posted by wann at 2:53 PM 0 comments
Teringat 'housemate' lama...masa bujang dulu2...
Posted by wann at 2:42 PM 0 comments
Monday, June 16, 2008
Posing lagi..Ahmad Ihsan..
Posted by wann at 12:23 PM 0 comments
Labels: Penat melentang..kita meniarap pulak...itu jelah skill yang Ihsan ada selain memusing..
Ahmad Ihsan didokong oleh Auntie..Yati..
Posted by wann at 11:56 AM 1 comments
Labels: Nie..auntie Yati.. Dia belanja mama Ihsan KFC Sabtu lalu kat Jusco, Taman Equin..Thanks a lot..
Thursday, June 12, 2008
Thursday, June 5, 2008
Ahmad Ihsan with Sara
Ni lah Sara anak kepada Cik Mok dan En. Halim. Teman seangkatan Ihsan jugak tapi badan dia silap hari bulan nanti Ihsan kena buli dik Sara.. Tapi tak pe...Ihsan akan tetap kata...tak pe...aku kena 'gentleman'...
Posted by wann at 11:12 AM 0 comments
Ahmad Ihsan & Anis
Ini teman seangkatan Ihsan Nur Anis Batrisya anak kepada En. Azwan & Pn. Shikin. Adegan ini dirakamkan semasa kenduri kesyukuran di rumah Cik Mok di Presint 9. (Makan tengahari) Anis tengah 'lalok' sebab lepas makan ubat selsema..
Posted by wann at 11:03 AM 0 comments
Puteraku...Ahmad Ihsan Irham
Inilah putera pertama saya yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah si comel memang menjadikan hidup saya lebih bermakna sebagai seorang ibu di dunia ini. Gambar di atas ni semasa Ihsan berusia 2 bulan lebih. Gambar tu diambil atas carpet semasa diletakkan di bawah jagaan Nursery di KBS.
Posted by wann at 10:21 AM 0 comments